Makroekonomi STPM

Rancangan Mengajar Tahunan Untuk T6 Atas Sesi 2010

MingguTarikhTajuk
14-8 Jan
Pembetulan Peperiksaan Akhir T6R 2009
2-6
11 Jan-12 Feb
Makroekonomi: Penawaran Wang Dalam Ekonomi
Wang
Institusi Kewangan
Penciptaan Wang / Kredit
Wang, Harga, dan Aktiviti Ekonomi

7
15-22 Feb
Tahun Baru Cina
8-14
(Minggu 11 Cuti Pertengahan Penggal : 15-21 Mac)
22 Feb - 9 April
Makroekonomi: Masalah Makroekonomi & Dasar Penstabilan
Masalah Makroekonomi
Dasar Fiskal
Belanjawan Negara Malaysia
Dasar Kewangan
Langkah‐Langkah Untuk Mengatasi Masalah Makroekonomi
15-21
12 April -28 Mei
Makroekonomi: Perdagangan Antarabangsa
Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa
Faedah Pengkhususan
Aliran Perdagangan Malaysia
Kadar Syarat Perdagangan
Sekatan Perdagangan Bebas
22-24
31 Mei -20 Jun
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
25-28
21 Jun - 16 Julai
Makroekonomi: Kewangan Antarabangsa
Pengenalan
Imbangan Pembayaran : Konsep dan Komponen
Kadar Pertukaran Asing
Masalah Makroekonomi Dalam Ekonomi Terbuka & Dasar Kerajaan
Globalisasi
29-32
19 Julai - 13 Ogos
Makroekonomi: Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan & Pembangunan Ekonomi
Perbandingan Pertumbuhan Ekonomi Antara Negara
Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi
Faktor Menghalang Pertumbuhan Ekonomi
Dasar Kerajaan untuk Mempercepat Pertumbuhan Ekonomi Malaysia
33-46
16 Ogos - 19 Nov
Makroekonomi: Persediaan Menjelang STPM
Pakej Ulangkaji
Pakej Kertas Model
Peperiksaan Percubaan
Pakej Pemulihan
Pakej Penambah baikan
CUTI AKHIR TAHUN 2010

Terangkan tiga langkah bagaimana dasar kewangan dapat mengatasi masalah inflasi dalam sesebuah ekonomi---[6]

Langkah-langkah dasar kewangan untuk mengatasi masalah inflasi adalah dengan mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga di pasaran. Tiga daripadanya ialah:

Menaikkan nisbah rizab berkanun
Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan bank perdagangan di bank pusat. Ini menyebabkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman berkurang. Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Menaikkan kadar bank atau kadar diskaun
Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bank terhadap pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. Apabila bank pusat menaikkan kadar bank, ini akan menyebabkan bank perdagangan menaikkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. Kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos meminjam meningkat dan pinjaman akan berkurang. Perbelanjaan isi rumah turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Menjual surat jaminan kerajaan
Semasa inflasi, bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kepada bank perdagangan dan orang ramai. Ini akan menyebabkan penawaran wang berkurang dalam masyarakat. Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Bagaimanakah kadar pertukaran mata wang asing ditentukan dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah? --- [6]

Kadar pertukaran mata wang asing dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah ditentukan melalui interaksi antara permintaan dengan penawaran mata wang asing di pasaran.


Rajah di atas menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat. Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar US (DD) bersilang dengan keluk penawaran Dolar US (SS) pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi US$1.00 = RM3.80. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami susut nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan penawaran Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan penawaran Dolar US menyebabkan kadar pertukaran turun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Andaikan kadar pertukaran turun menjadi US$1.00=RM3.40. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami naik nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan permintaan Dolar US menyebabkan kadar pertukaran naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.